fbpx

Spurs tak cukup bagus, layak kalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SPURS gagal mengekang Arsenal daripada menjaringkan gol menerusi sepakan penjuru ketika tewas awal pagi tadi. - AFP

LONDON – Pengurus Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou menempelak barisan pemainnya yang didakwa tidak cukup bagus selepas tewas 1-2 kepada musuh setempat, Arsenal dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates awal pagi tadi.

Lebih malang, kekalahan dalam derbi Utara London itu kembali membuka peluang buat Arsenal untuk mencabar kejuaraan EPL musim ini berbanding Spurs yang kini terus jatuh ke tangga ke-13 selepas 21 perlawanan.

Postecoglou ternyata kecewa kerana anak-anak buahnya gagal memanfaatkan kelebihan jaringan awal Son Heung-min pada minit ke-25 apabila melepaskan dua gol kepada The Gunners dalam tempoh empat minit.

Dua gol tersebut hasil jaringan sendiri Dominic Solanke berpunca daripada sepakan penjuru yang ditanduk Gabriel Magalhaes dan percubaan menarik Leandro Trossard pada minit ke-40 serta 44.

“Apa yang ditampilkan hari ini langsung tidak bagus terutamanya di separuh masa pertama. Kami bermain terlalu pasif dan membenarkan Arsenal menentukan perlawanan ini.

“Separuh masa kedua kami sedikit bagus tetapi ia tidak memadai. Kekalahan ini sukar diterima berdasarkan apa yang kami pamerkan di sini,” kata Postecoglou.

Sejak membelasah Manchester City 4-0 pada November lalu, Spurs hanya berupaya menang satu daripada sembilan perlawanan terakhir EPL.

Biarpun menang 1-0 ke atas Liverpool pada separuh akhir Piala Liga Inggeris dan menewaskan kelab divisyen kelima, Tamworth 3-0 dalam masa tambahan pusingan ketiga Piala FA tetapi ia langsung tidak melambangkan kekuatan sebenar Spurs. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI