fbpx

RM2.2 juta ‘ghaib’ ditipu pelaburan tak wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Harapan seorang wanita memperoleh keuntungan berganda menerusi pelaburan tidak wujud berkecai apabila mengalami kerugian RM2. 2juta.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan mendapati mangsa berusia 46 tahun dan tidak bekerja itu ditipu selepas melihat iklan pelaburan tersebut di aplikasi Facebook

Katanya, mangsa kemudian telah menghubungi satu nombor talian telefon yang tertera pada iklan itu.

“Pengadu telah membuat sebanyak 31 kali transaksi ke 11 akaun bank berbeza dan tiga akaun kripto.

“Jumlah keseluruhan transaksi adalah sebanyak RM 2,219 217.83,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, setelah semua transaksi dibuat didapati mangsa tidak sebarang pulangan seperti yang dijanjikan.

“Justeru, polis menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dengan tawaran pelaburan dalam platform yang menjanjikan pulangan tidak munasabah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI