fbpx

RM12 bilion diperuntukkan perolehan aset ATM 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled (tengah) ketika melafazkan ikrar Rukunegara pada majlis Perutusan Tahun Baharu 2025 di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini. Foto oleh FAUZI BAHARUDIN/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kira-kira RM12 bilion diperuntukkan untuk tujuan perolehan dan penambahan aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ia termasuk meningkatkan keupayaan teknologi bagi memenuhi keperluan dan menangani cabaran semasa.

Beliau berkata, antara perolehan aset utama yang telah diluluskan ialah Meriam 105 milimeter Pack-Howitzer untuk Tentera Darat Malaysia (TDM).

“Selain itu, Surface to Surface Missile (SSM) bagi kegunaan Kapal Diraja (KD) Jebat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan tiga unit Medium Altitude Long Endurance Unmanned Aerial System (MALE UAS),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Perutusan Tahun Baharu 2025 Menteri Pertahanan di Wisma Perwira ATM, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, pihaknya akan turut memastikan perkembangan dan kemajuan pembinaan aset-aset penting mencapai kemajuan yang dijadualkan.

Kata Mohamed Khaled, ia termasuk kemajuan kapal tempur pesisir 1 (LCS1) yang disasarkan mencapai 96.52 peratus dan telah memulakan Ujian Penerimaan Pelabuhan (HAT) dan Ujian Penerimaan Laut (SAT).

“LCS2, LCS3, LCS4 dan LCS5, masing-masing dijangka mencapai 86.61 peratus, 76.60 peratus, 65.05 peratus dan 48.72 peratus kemajuan.

“LCS2 juga telah diturunkan ke air dan sedang menjalani Setting To Work (STW) manakala LCS3 pula sedang dalam persiapan akhir untuk diturunkan ke air yang dirancang pada Januari 2026,” ujarnya.

Mohamed Khaled berkata, bagi pembinaan tiga kapal Kapal Pesisir Pantai LMS Batch Kedua (LMSB2) pula, kemajuan kerja dijangka mencapai 13.8 peratus secara keseluruhan pada Jun 2025.

“LMSB2-1, LMSB2-2 dan LMSB2-3 masing-masing disasarkan mencapai 17.1 peratus, 13.9 peratus dan 10.4 peratus kemajuan,” jelasnya

Pada masa yang sama, katanya, bagi pesawat FLIT-LCA KAI FA-50 Block 20 sedang mencapai status kemajuan sehingga 48 peratus buat masa ini.

“Kita akan memantau perkembangan ini secara teliti pada tahun ini. Mengikut perancangan, dua buah pesawat pertama akan diterima pada Oktober 2026,” ujarnya.

Tambah Mohamed Khaled, pihaknya juga sedang mengusahakan perolehan Pesawat Ronda Maritim (MP)) untuk tujuan pengawasan kawasan maritim dan dijangka diterima pada Jun dan September 2026. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI