fbpx

Remaja bercuti maut terjatuh tingkat 14 pangsapuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang mengangkat mayat remaja yang dipercayai terjatuh dari tingkat 14 sebuah pangsapuri di Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang remaja lelaki yang sedang bercuti bersama lima rakannya ditemukan mati dipercayai akibat terjatuh dari tingkat 14 sebuah pangsapuri di sini hari ini.

Mayat remaja berusia 17 tahun tersebut ditemui oleh seorang pekerja kebersihan di tingkat enam pangsapuri berkenaan pada pukul 12 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, sebelum kejadian, mangsa itu yang berasal dari Machang, Kelantan dikatakan menyewa sebuah unit rumah di pangsapuri berkenaan bersama lima rakannya.

“Mereka dikatakan mengunjungi bandar raya ini untuk bercuti sebelum mayat mangsa ditemui oleh seorang pekerja kebersihan.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Azli berkata, setakat ini kes kematian remaja lelaki tersebut diklasifikan sebagai kematian mengejut.

Beliau berkata, siasatan lanjut berhubung penemuan mayat mangsa dan punca kejaidan sedang dijalankan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI