fbpx

‘Rasa dijadikan Allah untuk dibenci manusia waktu mula bertudung’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NANA berharap orang ramai menjaga lisan agar tidak menyinggung perasan individu lain.

PETALING JAYA – Gagal menahan air mata, penyanyi dan penyampai radio, Nana Mahazan mengakui hatinya terguris dengan kecaman yang dilemparkan segelintir individu terhadapya sepanjang berada dalam industri seni.

Akui Nana atau nama sebenarnya Nurul Hana Che Mahazan, 42, perkara tersebut memberi impak kepada emosi apabila merasakan dirinya sekadar menjadi sasaran hinaan.

“Berada dalam industri seni ini tak mudah. Bila saya dah berhijrah orang yang tak suka tetap ada, tetapi mereka tak fikir kata-kata mereka itu bukan saja mengguris, bahkan beri kesan mendalam.

“Sepanjang saya dalam industri selalu makan hati sampai fikir aku ini buruk, tak baik, memang Allah jadikan aku ni untuk dibenci manusia,” katanya ketika berkongsi pengalaman di radio.

Air mata penyanyi yang digilap menerusi Akademi Fantasia tahun 2003 itu bercucuran air mata tatkala mengingati kecaman dilalui.

Pada masa sama, Nana yang bertudung sejak tiga tahun lalu turut berharap orang ramai menjaga lisan agar tidak menyinggung perasan individu lain.

“Sebenarnya, kita hidup kat dunia ini saya nak kita semua bersama-sama semua umat Islam untuk menyebarkan kebaikan.

“Tapi saya fikirkan kalaulah ada orang yang selalu berkata baik, insya-Allah ramai orang yang mungkin sudah tersasar mahu jadi baik juga.

“Menghukum, caci maki serta melakukan perkara sebegitu tidak akan membantu.

“Kalau boleh warganet tulis yang baik-baik sebab kita tak tahu doa yang baik itu mungkin akan berbalik kepada kita,” ujarnya.

Menerusi ruangan komen, ramai pengikut menitipkan kata-kata semangat agar ibu kepada dua anak itu agar terus cekal mengharungi arena hiburan.

“Allah takdirkan artis macam Nana dan rakan artis yang berhijrah bagi mesej berguna kepada orang lain,” kata seorang netizen.

“Jangan pedulikan pembenci. Saya suka Nana terutama sejam berhijrah,” tulis peminatnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI