fbpx

Pesta kerang Pantai Sura dihentikan serta-merta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian penduduk yang mengutip kerang di Pantai Sura, Dungun semalam.

DUNGUN – Pantai Sura di sini yang tular dengan kemunculan kerang sejak kelmarin ditutup serta-merta untuk kunjungan awam yang ghairah mengutip kerang sejak kelmarin.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, orang ramai dilarang mendekati pantai tersebut untuk mengutip kerang demi memastikan keselamatan ekoran fenomena ombak besar dan angin kencang yang masih melanda sehingga kini.

Beliau berkata, larangan melakukan aktiviti termasuk mengutip kerang itu turut melibatkan semua pesisir pantai di daerah ini.

“Pesisir pantai daerah ini amat berisiko tinggi ekoran arus kuat (laut) dengan kelajuan angin mencecah 60 kilometer sejam (km/).

“Ombak pula boleh mencapai ketinggian 4.4 meter. Ia amat membahayakan keselamatan orang ramai terutama sewaktu perubahan cuaca tidak menentu pada masa ini,” katanya di sini hari ini.

Maizura berkata, tindakan undang-undang akan diambil sekiranya terdapat mana-mana pihak yang masih ingkar,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI