fbpx

Pembantu kedai makan ‘lalok’ tak mengaku langgar mati tiga warga Pakistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Azizol (dua dari kiri) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Teluk Intan hari ini atas tiga pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian tiga lelaki warga Pakistan yang dalam perjalanan menunaikan solat sunat Aidilfitri pada April lalu. - FOTO/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

TELUK INTAN – Seorang pembantu kedai makan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian tiga lelaki warga Pakistan yang dalam perjalanan menunaikan solat sunat Aidilfitri, April lalu.

Tertuduh, Mohd. Azizol Abdul Rasheed, 37, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Naidatul Athirah Azman.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, lelaki yang masih bujang itu didakwa memandu kereta Proton Iswara di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian kepada Khan Adil, Muhammad Zahir dan Shayan Muhammad.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu Kilometer 16, Jalan Teluk Intan Hala Bidor, Teluk Intan di dalam daerah Hilir Perak pada pukul 8.10 pagi, 10 April 2024.

Pada prosiding tersebut, tertuduh juga mengaku tidak bersalah bagi tiga pertuduhan memandu kenderaan sama di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kecederaan kepada Khan Yaseen, Khan Saleem dan Kamran Ali.

Kesalahan yang dilakukan di lokasi, tarikh dan masa yang sama itu dikemukakan mengikut Seksyen 44(1A)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara minimum tujuh tahun dan maksimum 10 tahun dan denda tidak kurang RM30,000 dan tidak lebih RM50,000, jila sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI