fbpx

Padang ragbi punca PSG bergelut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PSG terpaksa mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan padang ketika menewaskan Espaly awal pagi tadi. - AFP

PARIS – Paris Saint-Germain (PSG) menepati ramalan apabila melangkah ke pusingan 16 terbaik Piala Perancis selepas menewaskan kelab divisyen kelima, Espaly 4-2 di Stadium Marcel-Michelin awal pagi tadi.

Pada aksi tersebut, PSG selaku pelawat terpaksa bersabar sebelum meraih gol menerusi ledakan Warren Zaire-Emery, Desire Doue, Bradley Barcola serta Goncalo ramos, manakala tuan rumah mendapat jaringan hasil penyudah Kevis Gjeci dan Maxene Fournel.

Ketua jurulatih PSG, Luis Enrique memuji semangat juang tinggi dipamerkan oleh pasukannya untuk bangkit daripada ketinggalan 0-1 ketika berdepan Espaly yang merupakan kelab bertaraf amatur itu.

“Pemain saya menunjukkan sikap yang baik sepanjang perlawanan tetapi pujian sebenar wajar diberikan kepada Espaly kerana memberikan tentangan yang cukup sengit sehingga pasukan kami agak bergelut.

“Faktor beraksi di tempat lawan yang mana venue ini merupakan stadium ragbi juga menjadi salah satu punca kenapa pasukan tidak dapat beraksi seperti biasa sehingga dibolosi dua gol mudah,” katanya.

Sementara itu, Barcola turut senada dengan jurulatihnya kerana barisan pemain beraksi di bawah tahap sebenar dan harap kelemahan itu dapat diperbaiki pada aksi akan datang.

“Kita mulakan perlawanan dengan langkah sumbang apabila dibolosi awal oleh pasukan tuan rumah. Nasib baik kita dapat kembali fokus dan berjaya menjaringkan empat gol untuk mara ke pusingan seterusnya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN