fbpx

Lelaki Myanmar hina polis dalam TikTok didenda RM7,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

AMPANG – Perbuatan seorang lelaki warga Myanmar yang mengaibkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam aplikasi TikTok, membawa padah apabila dihukum denda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Amalina Basirah Md Top menjatuhkan hukuman denda itu terhadap pekerja pusat cuci kereta, Ramzan Ali Noor Din, 38, selepas lelaki itu menukar pengakuan kepada bersalah.

Hari ini merupakan bagi serahan dokumen kesnya namun tertuduh menukar kepada pengakuan bersalah.

Sekiranya tertuduh gagal membayar jumlah denda itu dia boleh dipenjara selama enam bulan dan tertuduh membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pepecahan keamanan dengan memuat naik video di aplikasi sosial itu, atas nama ‘theintheinzaw403’.

Dia didakwa melontarkan kata-kata kesat serta tuduhan tidak berasas terhadap PDRM untuk membangkitkan kemarahan terhadap pihak berkuasa itu.

Kesalahan didakwa dilakukan di Balai Polis Pandan Indah, di sini, pada pukul 5 petang pada 28 Oktober tahun lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama dua tahun atau denda atau kedua- duanya, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, peguam, Wan Nur Afifah Che Bakar yang mewakili tertuduh, merayu anak guamnya dikenakan hukuman denda pada kadar minimum.

“Dia bekerja di pusat cuci kereta dan menerima pendapatan sebanyak RM60 sehari, tertuduh mengaku salah dan insaf atas perbuatan yang dilakukan malah ini merupakan kesalahan pertamanya,” kata peguam itu.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Norhidayah Abdullah Sani berkata, video yang dimuat naik oleh tertuduh, telah mengaib dan mencemarkan nama baik PDRM.

Mengikut fakta kes semasa kejadian, semasa melayari aplikasi media sosial, seorang pengadu terlihat satu video berdurasi 45 saat, dimuat naik oleh tertuduh, menunjukkan dia mengeluarkan kata-kata kesat dan memaki hamun pihak polis. – KOSMO! ONLINE!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI