fbpx

‘Kena beli barang lain, baru boleh beli minyak peket’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa KPDN Cawangan Taiping memeriksa minyak masak peket 1kg yang ditemui di sebuah premis di Kg. Boyan, Taiping semalam. - Foto IHSAN KPDN

TAIPING – Sebuah premis di Kg. Boyan di sini dikesan menyorok 123 kilogram (kg) minyak masak peket 1kg oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak semalam.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, pihaknya yang menerima maklumat awam berhubung tindakan premis tersebut telah melaksanakan operasi penyamaran di kedai runcit terbabit pada pukul 10.30 pagi.

“Satu operasi penyamaran sebagai pembeli telah dilakukan dengan berpakaian preman dan hasil maklumat penyamaran serta uji beli mendapati premis telah mengenakan syarat (pembelian).

“Ia yang mana minyak masak paket 1kg hanya dijual sekiranya pembeli turut membeli barangan lain di premis berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan bukti kesalahan tersebut, satu pemeriksaan lanjut kemudiannya telah dilakukan oleh anggota KPDN Cawangan Taiping berpakaian seragam.

Kamalludin berkata, pemeriksaan lanjut yang dilakukan tersebut telah menemui sebanyak 123kg minyak masak peket 1kg disimpan dalam sebuah kotak di premis terbabit.

“Sebahagian minyak masak peket 1kg ini turut ditemui disimpan dan disembunyikan di dalam kotak yang tertera nama barangan lain.

“Sehubungan itu, satu tindakan sitaan telah dilakukan ke atas kesemua 123kg minyak masak peket 1kg tersebut berserta beberapa dokumen berkaitan. Kesemua barang rampasan dianggarkan bernilai RM307.50,” katanya.

Beliau berkata, kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana peniaga disyaki telah mengenakan syarat dalam penjualan barang kawalan minyak masak peket 1kg bersubsidi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI