fbpx

Kementerian Pertahanan garis 10 fokus utama 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled (dua kiri) ketika bergambar selepas melancarkan Portal Libat Urus Awam Dasar Industri Pertahanan Negara pada Majlis Perutusan Tahun Baharu 2025 di Wisma Perwira, hari ini. Foto oleh FAUZI BAHARUDIN/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memperkasa diplomasi pertahanan dan memanfaatkan perkongsian berwibawa sebagai strategi penting dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ia berikutan kuasa dan hubungan diplomatik sesebuah negara memberi pengaruh kepada sektor pertahanan.

Menurutnya, Kementerian Pertahanan (Mindef) akan memperkukuh hubungan dengan negara-negara yang berupaya membantu memberi nilai tambah kepada aspek pertahanan negara.

“Antara memorandum persefahaman (MoU) dalam kerjasama pertahanan yang perlu kita muktamadkan tahun ini termasuk bersama dengan Amerika Syarikat, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar dan Arab Saudi.

“Selain itu, MoU Kerjasama dalam bidang sains, teknologi dan pertahanan nasional bersama Korea Selatan,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Majlis Perutusan Tahun Baharu 2025 Menteri Pertahanan di Wisma Perwira, di sini hari ini.

Kata Mohamed Khaled, usaha terbabit merupakan salah satu daripada 10 fokus utama yang akan diberikan perhatian pada 2025.

Katanya, antara lain Mindef tidak boleh sekadar menjadi permehati dan akan menjadikan ASEAN sebagai peluang memperkemas pelbagai latihan, kerjasama dan dipomasi pertahanan.

“Penglibatan Malaysia dalam misi kemanan sejagat dan pemeliharaan hak asasi di bawah badan antarabangsa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) akan diteruskan.

“Rundingan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) akan dibuat secara strategik dan bersifat jangka panjang yang merangkumi elemen kritikal pertahanan,” tambahnya.

Untuk rekod, Mindef menyaksikan peningkatan peruntukan sebanyak 7.08 peratus daripada RM19.73 bilion pada 2024 kepada RM21.13 bilion tahun ini.

Justeru, Mohamed Khaled berkata, kesemua peruntukan itu bukan sahaja mesti dibelanjakan dengan teratur malah perlu memberi impak bermakna kepada kementerian ATM dan seluruh warga pertahanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI