fbpx

Kate Middleton dalam fasa ‘remission’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kate membuat lawatan ke Hospital Diraja Marsden di barat London pada 14 Januari lalu. - AFP

LONDON – Puteri Wales, Kate Middleton menyatakan bahawa simptom kanser yang dihidapinya hilang selepas berbulan-bulan beliau menjalani rawatan kemoterapi, lapor agensi berita United Press International semalam.

Kate yang merupakan isteri pewaris pertama takhta diraja Britain, Putera William dalam pendedahannya, tidak menyatakan jenis kanser yang dialami.

“Ia adalah satu kelegaan untuk berada dalam keadaan ‘remission’, namun saya tetap fokus kepada pemulihan,” kata puteri berusia 43 tahun itu dalam catatan di platform X.

“Seperti  diketahui oleh sesiapa yang telah menghidap kanser, ia mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan norma baharu.

“Saya bagaimanapun menantikan tahun-tahun akan datang. Terima kasih kepada semua orang atas sokongan berterusan anda,” tambahnya.

Pada Mac tahun lalu, Istana Buckingham mengumumkan bahawa Kate disahkan menghidap kanser dan sedang menerima rawatan selepas beliau menjalani ‘pembedahan perut yang dijadualkan’ pada Januari tahun sama. 

Dalam mesej video yang disiarkan selepas itu, Kate mendedahkan bahawa beliau akan menjalani tempoh ‘kemoterapi pencegahan’ atas nasihat doktor.

Berita itu diumumkan sejurus selepas monarki Britain, Raja Charles III mengesahkan baginda sedang menjalani rawatan untuk kanser selepas mendapatkan rawatan  untuk pembesaran prostat.

Pihak istana bagaimanapun menyatakan baginda tidak menghidap kanser prostat. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI