PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri pagi ini.
MetMalaysia dalam kenyataan berkata, amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa daerah di Perak, Kelantan, Terengganu dan Sabah sehingga 12 tengah hari nanti.
“Amaran dikeluarkan di Perak hanya melibatkan Hulu Perak, manakala di Kelantan pula melibatkan Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.
“Selain itu, ia juga dijangka berlaku di Hulu Terengganu di Terengganu serta Tawau (Tawau dan Semporna) di Sabah,” lapor MetMalaysia.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE