fbpx

Harga sewa rumah di Los Angeles melambung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEJUMLAH rumah tepi pantai musnah dijilat api di Pacific Palisades, Isnin lalu. - AFP

LOS ANGELES, CALIFORNIA – Harga sewa rumah di Los Angeles yang dilanda kebakaran besar dinaikkan pada kadar lebih dua kali ganda sehingga melanggar undang-undang negeri California, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Berdasarkan undang-undang, pemilik kediaman tidak dibenarkan menaikkan harga sewa lebih 10 peratus selepas darurat diisytiharkan kerana bencana.

Seorang ejen hartanah, Samira Tapia memberitahu akhbar New York Times bahawa semakannya terhadap lebih 400 kediaman mendapati, hampir 100 buah rumah dinaikkan kadar sewa melebihi 10 peratus.

“Harga sewa sebuah rumah di Hollywood Utara melonjak semalaman sebanyak AS$800 (RM3,600) menjadi AS$5,700 (RM25,700) sebulan,” katanya.

Menurut seorang wartawan majalah berita Inside Edition, Lisa Guerrero, harga sewa sebuah rumah dengan lima bilik tidur di Santa Monica adalah AS$12,500 (RM56,300) sebulan pada Februari tahun lalu.

“Namun, baru-baru ini harga sewanya menjadi AS$28,000 (RM126,000) sebulan, peningkatan sebanyak 124 peratus,” katanya.

Sewa sebuah rumah seluas 111.48 meter persegi yang mempunyai dua bilik tidur di Woodland Hills pula adalah AS$3,900 (RM17,600) pada November tahun lalu tetapi kini melonjak kepada AS$5,900 (RM26,600).

Seorang lagi ejen hartanah, Laura Kate Jones berkata, sewa untuk beberapa hartanah di Los Angeles Barat melonjak antara 15 peratus hingga 20 peratus semalaman.

“Orang ramai sangat panik dan terdesak untuk menyewa rumah sekarang. Pemilik hartanah mengambil kesempatan daripada keadaan ini (kebakaran),” kata Jones. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI