fbpx

EPL: Villa tamat kemarau kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WATKINS (kanan) meledak gol tunggal perlawanan ketika menewaskan Everton di Goodison Park awal pagi tadi. - AFP

LIVERPOOL – Aston Villa menamatkan kemarau lima aksi tanpa kemenangan di gelanggang lawan selepas menewaskan Everton 1-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Goodison Park awal pagi tadi.

Gol tunggal perlawanan menerusi Ollie Watkins pada minit ke-51 menyaksikan mereka berjaya mengutip tiga mata penting bagi meletakkan Villa di tangga ketujuh, hanya tiga mata dibezakan dengan kelompok empat teratas.

Pengurus Villa, Unai Emery menyuarakan rasa gembira atas kemenangan yang diraih, lebih-lebih lagi sudah lama mereka tidak membawa pulang tiga mata setiap kali beraksi di tempat lawan.

“Menakjubkan dan saya sangat gembira. Kami berjaya menamatkan kemarau kemenangan di tempat lawan dan penyokong-penyokong juga sentiasa hadir untuk memberi sokongan kepada pemain-pemain Villa.

“Sudah tentu saya anggap ini adalah perlawanan penting kerana kami mahu tamatkan kemarau kemenangan dan kembali mendapatkan keyakinan. Bukan perkara mudah untuk memenangi perlawanan di tempat lawan,” katanya.

Jurulatih dari Sepanyol itu juga menyatakan rasa puas selepas menyaksikan pasukannya berjaya memastikan pintu gol tidak dibolosi meskipun berdepan asakan daripada jentera serangan tuan rumah.

“Aksi tanpa bolos sangat penting dan ia merupakan salah satu objektif hari ini (semalam). Kami berjaya melakukannya dengan menguasai bola ketika menyerang selain mengharapkan struktur pertahanan,” ujar Emery. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN