fbpx

EPL: Langkah kiri Moyes bersama Everton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOYES (kiri) berbincang dengan penolongnya, Leighton Baines ketika menentang Villa awal pagi tadi. - AFP

LIVERPOOL – Kepulangan David Moyes ke Everton gagal membantu pasukan itu mencatat kemenangan ketika tewas 0-1 kepada Aston Villa pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Goodison Park awal pagi tadi.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan Ollie Watkins pada minit ke-51 merosakkan rancangan peminat-peminat The Toffees untuk menyambut kepulangan pengurus kesayangan mereka itu dengan kemenangan.

Moyes berkata, beliau sedar dengan risiko bakal dihadapi sebaik sahaja menerima tawaran kembali ke Goodison Park kerana Everton menggalas misi untuk mengelak penyingkiran.

“Saya tahu dan faham dengan tugas yang dipikul. Kami gagal untuk menjaringkan walaupun satu gol pada malam ini (semalam) dan itu menunjukkan bahawa kami perlu bermain lebih baik ketika memegang bola.

“Saya sudah beritahu kepada semua pemain bahawa kami tidak bermain seperti yang diharapkan. Kami juga gagal untuk mengekalkan penguasaan bola sehingga beberapa kali dirampas pemain lawan,” katanya.

Sementara itu, beliau juga kecewa dengan ketumpulan penyudah dipamerkan jentera serangan, terutamanya Dominic Calvert-Lewin yang mensia-siakan peluang untuk menyamakan kedudukan pada penghujung permainan.

“Saya fikir Dom (Calvert-Lewin) sudah buktikan bahawa dia seorang pemain yang sangat rajin, namun dia gagal memanfaatkan peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan. Bagaimanapun, kami sudah cipta peluang tersebut,” ujar Moyes. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN