fbpx

Dua cedera, kereta dihempap pokok tumbang di KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua individu mengalami cedera ringan akibat kereta dihempap pokok tumbang pagi tadi. Foto JBPM KL

KUALA LUMPUR – Dua individu mengalami cedera ringan selepas kereta dinaiki dihempap pokok tumbang sekitar Jalan Pudu Bukit Bintang, di sini, pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur (PGO KL) dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.44 pagi.

Katanya, seramai 15 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah dan bantuan BBP Pudu dikerahkan ke tempat kejadian.

Menurut Komander Operasi, PBK II Md Izzat Ahmad, pasukan operasi BBP Jalan Hang Tuah yang berada dilokasi memaklumkan terdapat pokok tumbang dan telah menghalang jalan raya serta menghempap sebuah kereta Honda City.

“Kejadian ini melibatkan dua mangsa iaitu seorang wanita berusia 39 yahun dan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun mengalami cedera
ringan.

“Mangsa diserahkan kepada pihak ambulan untuk mendapatkan rawatan selanjutnya,” kata PGO KL.

Tambahnya, kerja–kerja pembersihan dan pemotongan dilakukan pasukan bomba bersama pihak Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI