fbpx

Dapat cucu baru, saya tak dapat bersama – Najib Razak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Facebook Najib Razak berkongsi gambar Nor Ashman bersama bayinya, Ardan Razak.

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima kehadiran seorang lagi cucu yang juga hasil perkahwinan anak bongsunya, Nor Ashman bersama isteri, Nikola Mulyadi.

Khabar tersebut dimaklumkan pada hantaran Facebook Najib Razak hari ini.

“Anak saya kahwin. Saya tidak dapat hadir. Saya dapat cucu baru, saya tak dapat bersama. Mata berair bila mendengarnya.

“Tetapi kekal tabah, gembira apabila ditunjukkan gambar. Meraikan kedatangan Ardan, kelahiran Ashman dan Nikola,” menurut hantaran berkenaan.

Dalam masa sama, Norashman pada Instagram turut berkongsi dua gambar bayinya.

“Hello dunia, nama saya Ardan Razak Nor Ashman. Insya-Allah saya janji akan memenuhi dunia ini dengan penuh kasih sayang dan kebaikan.

“Terima kasih ibu untuk ketabahan dan keberanian membawa saya ke dunia ini,” katanya.

Kosmo! pada 16 Disember 2023 melaporkan, anak bongsu Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor, Nor Ashman telah bernikah dengan wanita pilihannya, Nikola. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI