fbpx

Chelsea, Bayern runding tukar pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEL memiliki nilai pasaran sekitar £40 juta (RM219.19 juta) menyebabkan Chelsea melihat alternatif perpindahannya menerusi pertukaran pemain. - AFP

FULHAM – Chelsea dilaporkan terus berusaha memperkuatkan pasukan dengan kembali menyasarkan pemain muda berbakat Mathys Tel dari Bayern Munich selepas gagal mendapatkannya pada musim panas lalu.

Menurut laporan, Chelsea telah menghubungi Bayern untuk melihat potensi perpindahan Tel, yang kini bergelut mendapatkan minit permainan konsisten di Allianz Arena apabila hanya membuat 12 penampilan musim ini.

Situasi lebih menarik apabila Bayern dilaporkan berminat membawa pulang Christopher Nkunku ke Jerman yang pernah mempamerkan aksi cemerlang selama empat tahun bersama RB Leipzig.

Sebagai tindak balas, Chelsea dikatakan telah mencadangkan tawaran pertukaran pemain, menawarkan Nkunku sebagai pertukaran untuk Mathys Tel.

Bagaimanapun, Pengarah Sukan Bayern, Christoph Freund menolak kemungkinan perpindahan Tel, selain menegaskan pemain muda Perancis itu masih menjadi sebahagian daripada rancangan jangka panjang kelab.

“Mathys adalah bakat besar dan akan memainkan peranan penting untuk kami. Matlamat kami ialah memastikan dia berjaya di sini. Namun, jika pemain tidak gembira, kami sedia berbincang. Tapi buat masa ini, kami sangat gembira dengannya,” jelas Freund.

Di kem Chelsea, Nkunku yang berusia 27 tahun berdepan cabaran menyesuaikan diri di bawah pengurus Enzo Maresca dengan hanya dua gol dalam 18 penampilan Liga Perdana Inggeris (EPL) setakat ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI