fbpx

Bayi 11 bulan maut alami pendarahan otak didera pengasuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

MERSING – Seorang bayi lelaki menghembuskan nafas terakhir selepas mendapatkan rawatan selama dua hari di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru dekat sini akibat kecederaan dialami.

Difahamkan bayi berkenaan mengalami pendarahan dalam kepala dan luka di mulut selepas disyaki didera pengasuhnya di sebuah rumah di Mersing.

Bayi malang itu dikejarkan ke Hospital Mersing pada Ahad lalu sebelum dirujuk ke HSI selepas mengalami kecederaan parah, namun disahkana meninggal dunia dua hari kemudian.

Dalam pada itu Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani ketika dihubungi berkata, pengasuh bayi berkenaan merupakan wanita berusia 60 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI