fbpx

Banjir di Terengganu makin pulih, tinggal 43 mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian rumah yang terjejas akibat fenomena ombak besar di Kampung Cacar Lama, Paka, Dungun hari ini.

KUALA TERENGGANU – Mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu semakin menurun kepada 43 orang daripada 13 keluarga.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, mereka yang terjejas akibat fenomena air pasang besar dan ombak kuat sejak Ahad lalu masih berada di dua pusat pemindahan sementara (PPS).

Beliau berkata, dua PPS yang masih beroperasi tersebut ialah Balai Raya Kampung Geliga Pantai, Kemaman dan Balai Raya Bandar Paka, Dungun.

“PPS Balai Raya Geliga Pantai tinggal 29 mangsa daripada lapan keluarga.

“Seramai 14 mangsa daripada lima keluarga pula masih ditempatkan di PPS Balai Raya Bandar Paka,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, pemantauan tetap dilakukan memandangkan fenomena ombak besar dan angin kencang yang melanda negeri ini sejak Ahad lalu tidak banyak berubah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI