fbpx

Anwar mengalu-alukan gencatan senjata di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar Ibrahim.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan pengumuman gencatan senjata di Gaza bermula Ahad ini.

Anwar dalam satu kenyataan akhbar berkata, langkah kritikal itu memberikan kelegaan yang amat diperlukan penduduk Gaza yang telah mengalami penderitaan begitu besar.

“Saya mengiktiraf usaha Mesir, Qatar dan Amerika Syarikat dalam pengantaraan perjanjian ini. Saya juga memuji Presiden Donald Trump atas peranannya dalam membawa rundingan yang membuahkan hasil itu.

“Masyarakat antarabangsa mesti memastikan ia ditegakkan, membuka jalan untuk perbincangan mengenai fasa berikutnya yang akan membawa kepada ketenangan yang mampan dan pembinaan semula Gaza,” katanya.

Media hari ini melaporkan, Israel dan Hamas bersetuju melaksanakan gencatan senjata bermula Ahad ini untuk menghentikan perang selama 15 bulan yang dahsyat di Gaza.

Perdana Menteri berkata, walaupun pembinaan semula Gaza adalah keutamaan yang mendesak, kehilangan lebih 46,700 nyawa rakyat Palestin dan pemindahan lebih dua juta orang akibat perang itu tidak boleh dilupakan.

Tegas beliau, keadilan dan akauntabiliti untuk tindakan yang diambil semasa konflik itu kekal kritikal.

Ujar Anwar, gencatan senjata itu mesti menjadi batu loncatan ke arah matlamat yang lama tertunggak untuk menubuhkan sebuah negara Palestin berdaya maju, berdaulat dan merdeka.

“Kedamaian yang adil dan berkekalan bergantung pada menangani punca konflik ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI