BANDAR RAYA MEXICO – Seorang wanita ditahan selepas bergambar dalam keadaan tanpa seurat benang di sebuah arca tepi laut yang popular di Mexico, lapor laman berita MailOnline semalam.
Olga Larrea dalam satu rakaman video dilihat berbogel di arca La Perla yang berbentuk kerang di bandar La Paz pada Sabtu lalu.
Dia dengan pantas menanggalkan pakaiannya ketika jurugambar bersedia merakamkan gambar.
Selepas bergambar, Larrea dihampiri oleh anggota polis dan ditahan.
Dia dibawa ke pejabat pendakwa raya tempatan dan dibebaskan selepas membayar denda sebanyak 3,365 peso (RM740). – AGENSI