JAKARTA – Seorang wanita di Aceh, Indonesia menerima kecaman ramai selepas membaca ayat al-Quran sambil berjoget menerusi siaran langsung di laman TikTok, lapor portal berita Tribunnews semalam.
Rakaman tular di media sosial memaparkan wanita itu melakukan tarian pelik sambil memakai pakaian ketat.
Tarian pelik itu dilakukan dengan iringan muzik yang rancak serta lampu berwarna-warni seolah-olah berada di kelab malam.
Dia juga dengan santai melantunkan potongan ayat al-Quran dengan nada lemah gemalai.
Rakaman itu menimbulkan kemarahan ramai netizen di ruangan komen.
“Memalukan diri sebagai seorang wanita,” kata seorang netizen.
“Semoga cepat ditahan polis,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI