fbpx

Tumpah air mata Eda Ezrin jumpa anak di mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lori Penjara Wilayah Narathiwat membawa penyanyi wanita sohor Kelantan dan lima lagi individu tiba di Mahkamah Wilayah Narathiwat, Thailand semalam.

NARATHIWAT, THAILAND – Penyanyi sohor Kelantan, Eda Ezrin yang didakwa dua pertuduhan mengambil dadah dan memiliki 6,059 biji pil kuda di Mahkamah Wilayah Narathiwat di sini sempat menyampaikan pesanan kepada anak perempuannya hadir ke mahkamah semalam.

Eda atau nama sebenarnya, Wan Norsahidah Azlin Wan Ismail, 30, yang pada awalnya kelihatan tenang memasuki Bilik 9 mahkamah tersebut tidak dapat menahan air mata apabila melihat kanak-kanak itu yang berada di tempat duduk pelawat di barisan kedua.

Kanak-kanak itu yang hadir bersama ahli keluarganya duduk di belakang pemberita dari Malaysia yang datang membuat liputan tidak henti-henti memanggil Eda dan juga suaminya, Mohd. Affendi Ahmad, 35, dengan nada berbisik.

Jarak kurang daripada satu meter antara kerusi pelawat mahkamah dan tertuduh memudahkan komunikasi antara Eda Ezrin dan anaknya.

“Jadi anak yang berjurus (baik) ya,” pesan Eda Ezrin kepada anaknya semasa berada di tempat duduk tertuduh.

Sepanjang prosiding pendakwaan selama 1 jam 15 minit itu, mulut Eda Ezrin dilihat sering berkumat-kamit memberi isyarat berkomunikasi kepada anak dan ahli keluarganya yang hadir.

Kosmo! hari ini melaporkan, selepas lebih dua bulan direman, penyanyi sohor Kelantan, Eda Ezrin didakwa atas dua pertuduhan mengambil dadah dan memiliki 6,059 biji pil kuda di Mahkamah Wilayah Narathiwat di sini semalam.

Selain Eda Ezrin dan suaminya, empat individu iaitu Eridieka Mohd. Noor, 33, Mohamad Alif Deraman, 33, Nur Aida Mamat, 33, dan Zuhaira Nasrin, 26 , turut didakwa atas pertuduhan itu..

Mereka berenam mengaku bersalah atas pertuduhan mengambil dadah.

Keenam-enam tertuduh bagaimanapun mengaku tidak mengaku bersalah atas tuduhan memiliki 6,059 biji pil kuda di Sungai Golok.

Kesemua pertuduhan itu dibuat di hadapan Hakim Yuan Khao Kham di Bilik 9, Mahkamah Wilayah Narathiwat di sini.

Bagi pertuduhan itu, Khao Kham memerintahkan kesemua tertuduh mengemukakan bukti mereka tidak memiliki dadah tersebut sebelum perbicaraan dijalankan.

Sementara itu, Eridieka dan Zuhaira mengaku bersalah atas dua pertuduhan memasuki Thailand secara haram dan tiada dokumen perjalanan atau pasport sah untuk berada di negara ini.

Kesemua tertuduh diwakili tiga peguam yang dilantik oleh mereka.

Mahkamah kemudian menetapkan 11,13 dan 14 Februari ini untuk perbicaraan kes manakala awal Mac depan bagi prosiding jatuh hukum. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI