fbpx

Titah Adendum: Kabinet tidak arah AGC mohon ‘gag order’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak kerajaan akan memfailkan permohonan kepada mahkamah bagi mengeluarkan perintah larangan bersuara berhubung Titah Adendum pada 20 Januari ini.

PUTRAJAYA – Kabinet tidak mengarahkan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk memohon perintah larangan bersuara (gag order) bagi melarang mana-mana pihak membincangkan isu berkaitan Titah Adendum.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Menurutnya, isu berkenaan juga tidak dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini.

“Tidak dibincangkan (dalam mesyuarat hari ini) dan Kabinet (Jemaah Menteri) tidak mengarahkan AGC,” katanya pada sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet hari ini.

Sebelum ini, Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan dilaporkan berkata, pihak kerajaan akan memfailkan permohonan kepada mahkamah bagi mengeluarkan perintah larangan bersuara berhubung Titah Adendum pada 20 Januari ini. – KOSMO! ONLNE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI