fbpx

Sungai kabul berubah ‘pink’ angkara kilang kitar semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan aliran Sungai Kabul yang berwarna pink.

SHAH ALAM – Misteri air berwarna merah jambu di Sungai Kabul, Beranang dekat sini terungkai apabila berpunca daripada pelepasan efluen dari sebuah kilang kitar semula memproses plastik, semalam.

Pencemaran sepanjang 300 meter tersebut berjaya dikesan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor kira-kira pukul 7 malam.

Pengarah JAS Selangor, Nor Aziah Jaafar berkata, sepasukan anggota dan pegawai telah digerakkan ke lokasi kejadian dengan menemui aliran air berwarna merah jambu yang memasuki Sungai Kabul.

Katanya, siasatan dan pemeriksaan lanjut kemudiannya mendapati ia berpunca daripada sebuah kilang kitar semula plastik yang terletak berhampiran aliran itu.

“Pemerhatian mendapati premis tidak beroperasi pada malam sebelumnya dan tiada pekerja di kawasan kilang dengan diiringi wakil premis yang merupakan lelaki berusia 50an sepanjang siasatan itu.

“Berdasarkan pengakuan awal, pihak premis menyatakan terdapat insiden pelepasan efluen yang tidak disengajakan daripada proses kilangnya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Beliau memberitahu, pemeriksaan tertumpu kepada kawasan penstoran bahan mentah, pembuatan, loji rawatan efluen dan penstoran sisa pukal.

Tambahnya, dua sampel telah diambil daripada premis untuk analisa Jabatan Kimia Malaysia.

“Bagi mencegah pencemaran, Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) dibawah seksyen 38(a) (1) AKAS 1974 telah buat terhadap kilang itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 25, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 (Pindaan 2024). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI