fbpx

Sogok RM6,000 sembunyi aktiviti jual air ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua anggota penguat kuasa diberkas selepas disyaki meminta dan menerima rasuah RM6,000.

ALOR SETAR – Dua anggota penguat kuasa diberkas selepas disyaki meminta dan menerima rasuah RM6,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan ke atas penjualan ketum di Kedah.

Menurut sumber, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan dua lelaki berusia 30-an sekitar pukul 2 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di SPRM Kedah.

Katanya, perintah reman selama lima hari sehingga 19 Januari ini, telah dikeluarkan Majistret Siti Nor Hasliza Md Ali selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Alor Setar, Kedah pagi tadi.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut sekitar Jun 2023.

“Kedua-dua suspek telah menerima rasuah kira-kira RM6,000 daripada peniaga ketum sebagai balasan tidak mengambil tindakan ke atas aktiviti-aktiviti tersebut,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Ahmad Nizam Ismail ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

“Kes disiasat di bawah seksyen 17(a) Akta SPRM 2009,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI