fbpx

Selesai di UAE, Anwar ‘intai’ kerjasama baharu di UK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar bersama Keir Starmer sempat berbincang mengenai kerjasama strategik antara Malaysia dan UK. Foto FACEBOOK ANWAR IBRAHIM

PETALING JAYA – Selesai tiga hari di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini tiba di ibu negara United Kingdom (UK) untuk lawatan kerja selama lima hari ke negara yang merupakan rakan dagang keempat terbesar Malaysia dalam kalangan negara anggota Kesatuan Eropah.

Anwar hari ini mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatan, Sir Keir Starmer di pejabat Perdana Menteri UK itu di No 10, Downing Street, London.

Kedua-dua pemimpin itu kemudian mengetuai delegasi masing-masing pada mesyuarat dua hala yang memfokuskan usaha mengukuhkan hubungan antara dua negara melibatkan pelbagai bidang.

“Kami senada dan sepakat untuk meningkatkan kerjasama strategik lebih erat dan rapat dalam bidang pendidikan, ekonomi, pertahanan, tenaga, dan kecerdasan buatan dan turut membincangkan penyelesaian isu Gaza.

“Hal-hal yang dibincangkan ini akan seterusnya dibawa ke peringkat menteri masing-masing bagi tujuan pelaksanaan yang lebih teratur dan tersusun,” katanya menerusi hantaran terbaharu di Facebook.

Anwar memberitahu, beliau turut memanfaatkan peluang bertemu dengan Keir Starmer untuk menyatakan kesediaan Malaysia dalam menerima lebih ramai pelabur sekaligus membentuk sinergi ekonomi baharu.

“Memandangkan ini adalah lawatan ke negara Eropah pertama selaku Pengerusi ASEAN, saya menggunakan kesempatan yang ada bagi menyatakan kesediaan Malaysia untuk menerima lebih ramai pelabur sekaligus membentuk sinergi ekonomi baharu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI