fbpx

Rompak dompet warga emas RM100, dua warga asing dijel lima tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Perbuatan dua lelaki warga Indonesia merompak dompet milik wanita warga emas yang mengandungi RM100, memakan diri apabila mereka dipenjara lima tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Izralizam Sanusi menjatuhkan hukuman itu ke atas Ari Ablia Lubis, 26, dan Umar Ardiansyah, 32, selepas kedua-duanya mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan.

Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 6 Januari lalu.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua lelaki itu didakwa bersama-sama melakukan perbuatan itu ke atas Yee Chooi Lan, 64, dengan merompak beg duit mangsa yang mengandungi wang tunai RM100.

Kesalahan itu dilakukan di Lorong Haji Taib, Dang Wangi di sini pukul 12.55 tengah hari pada 5 Januari lalu mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Aisyah Mohamed Zanyuin memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada kedua-dua tertuduh dan masyarakat agar tidak mengulangi kesalahan sama selain mangsa merupakan warga emas.

Bagaimanapum kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan mereka mempunyai tanggungan keluarga.

Mengikut fakta kes pada hari kejadian kedua-dua tertuduh telah merompak mangsa yang mana perbuatan itu dirakam oleh televisyen litar tertutup (CCTV) yang berada di kedai berhampiran tempat kejadian.

Kedua-dua lelaki itu kemudian berjaya ditangkap keesokannya dan polis menjumpai barang-barang milik mangsa antaranya beg kulit dan kad pengenalan. – KOSMO! ONLINE!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI