ILLINOIS, CHICAGO – Sebuah pesawat United Airlines berdepan detik cemas apabila melanggar seekor koyote sejurus sebelum berlepas dari sebuah lapangan terbang di Amerika Syarikat, lapor laman berita CBS News semalam.
Kejadian berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa O’Hare di Illinois, negeri Chicago pada pagi Ahad lalu.
Menurut syarikat penerbangan United Airlines, Penerbangan 1727 itu membawa 167 penumpang dan enam kru.
“Pesawat itu melanggar koyote semasa berlepas ke Phoenix, Arizona.
“Ia terpaksa berpatah balik ke terminal untuk pemeriksaan, manakala penumpang dijadualkan menaiki pesawat lain,” tambahnya.
United Airlines tidak memberikan sebarang maklumat tentang keadaan serigala kecil tersebut. – AGENSI