fbpx

Penggempur percuma pilihan Man. United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DAVID dilapor menolak tawaran lanjutan kontrak daripada Lille untuk mencari angin baharu kariernya. - AFP

LONDON – Manchester United meningkatkan minat mereka untuk mendapatkan khidmat penggempur yang bakal berstatus ejen bebas pada hujung musim ini biarpun terpaksa berdepan tentangan beberapa kelab gergasi Eropah lain.

United dilihat semakin menyesuaikan diri dengan taktikal 3-4-3 yang digunakan oleh pengendali mereka, Ruben Amorim apabila mengikat Liverpool 2-2 serta menewaskan Arsenal pada pusingan ketiga Piala FA kelmarin.

Bagaimanapun, untuk menambah keberkesanan formasi berkenaan, United perlu membuat pelaburan membawa masuk pemain baharu di bahagian sayap bertahan serta penyerang tulen yang benar-benar tajam di depan gawang.

Biarpun sudah memiliki Rasmus Hojlund dengan nisbah jaringan satu dalam setiap tiga perlawanan serta Joshua Zirkzee yang belum membuktikan kemampuan, United perlu berusaha untuk menambah kekuatan jentera serangan.

Laporan menyebut bahawa United kini sedang berusaha untuk mendapatkan khidmat penyerang Lille, Jonathan David yang bakal mengakhiri kontrak hujung musim ini sekali gus memberi peluang untuk mereka mendapatkannya secara percuma.

David memiliki nisbah jaringan yang cukup memuaskan apabila meledak satu gol dalam setiap dua perlawanan menyebabkan kelibatnya mampu memberikan lebih pilihan buat Amorim untuk merancang jentera serangan pasukan itu.

Pasukan pemantau bakat United juga dilapor sudah terbang ke Perancis untuk memantau secara dekat prestasi pemain tersebut, namun mereka tidak berdepan laluan mudah apabila Juventus sedia mencabar. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI