fbpx

Penduduk kejar suspek kes kebakaran bersiri di Baling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salahudin (kanan) dan ibunya, Esah Mad Husin, menunjukkan kawasan yang dipercayai bau minyak petrol di halaman rumahnya di Kampung Bendang Padang, Kupang semalam.

BALING – Suspek yang membaling petrol sehingga menga­kibatkan kebakaran beberapa buah rumah dan kenderaan kekal misteri di Kampung Bendang Padang, Kupang kelmarin.

Setiap hari penduduk kampung masih membuat gerakan mengawal kampung bagi elak kejadian khianat itu terus berlaku.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Ahmad berkata, kelmarin masih ada bau petrol di kawasan kediaman rumah pen­duduk sehingga mengakibatkan mereka panik jika ada perbuatan khianat lagi.

“Saya dan beberapa rakan bergegas ke rumah penduduk itu dan kami dapati ada bau minyak petrol amat kuat di halaman rumahnya, tetapi kami tidak dapat mengesan suspek disebabkan keadaan gelap.”

“Saya segera meronda, kepung kawasan yang disyaki suspek itu melarikan diri,” kata Ahmad kelmarin.

Katanya, mereka mengepung kawasan belukar dalam lingkungan 100 meter dan ge­rakan mencarinya diteruskan, namun gagal menemui suspek.

Sementara itu, pemilik rumah itu, Salahudin Mahmud, 30, berkata, ketika kejadian itu mereka sekeluarga telah tidur dan terkejut apabila diberitahu rumahnya ada disimbah petrol.

“Saya diberitahu bau mi­nyak itu hanya berlaku sekitar 15 hingga 20 minit sahaja kemudian hilang, sangat pelik kejadian itu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI