fbpx

OKT kes dadah lolos dari IPD Tangkak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUSPEK yang dituduh atas kes dadah di Mahkamah Tangkak disyaki meloloskan diri tengah hari tadi.

TANGKAK – Seorang lelaki yang dituduh di mahkamah di sini hari ini meloloskan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak pada pukul 1.30 tengah hari tadi.

Mohd Saifulnizam Zakaria, 38, selaku orang kena tuduh (OKT) menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib ketika dihubungi berkata, pihaknya sedang giat memburu suspek yang meloloskan diri.

Beliau turut mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan segera melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan yang mungkin ada kaitan dengan penagih itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI