fbpx

Maut terkena renjatan elektrik ketika pasang talian internet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memeriksa lokasi kejadian.

MEMBAKUT – Seorang lelaki maut terkena renjatan elektrik di Jalan Bambangan petang semalam.

Pekerja kontrak berusia 19 tahun itu terkena renjatan sewaktu melaksanakan kerja pemasangan talian internet syarikat telekomunikasi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis, Penolong Penguasa Bomba, Mohd. Johainin Ruslan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 4.20 petang.

“Terdapat seorang lelaki terkena renjatan elektrik sewaktu pasukan bomba bertugas tiba di lokasi kejadian. Menurut rakannya, mangsa terkena renjatan ketika menjalankan aktiviti memasang talian internet yang terletak berhampiran kabel elektrik.

“Mangsa telah dihantar ke hospital oleh rakan sekerjanya sebelum ketibaan pasukan bomba, namun disahkan meninggal dunia di hospital,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI