fbpx

Baru reda banjir, Kampung Contoh ‘diserang’ gajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK Kampung Contoh membersihkan pokok kelapa yang ditumbangkan sekumpulan gajah liar malam semalam.

KLUANG – Belum reda dengan masalah banjir, penduduk Kampung Contoh diuji lagi apabila sekumpulan gajah liar datang merosakkan tanaman yang diusahakan sehingga menyebabkan kerugian ribuan ringgit.

Kejadian itu boleh diumpamakan sebagai malang berganda kepada penduduk kampung kerana selain berhadapan kerugian akibat banjir namun turut disebabkan tanaman musnah dirosakkan gajah.

Ketua Kampung Contoh, Baharudin Aman berkata, kejadian dipercayai berlaku malam tadi antara pukul 12 tengah malam hingga awal pagi.

Katanya, dipercayai sekitar Sembilan ekor gajah telah memasuki kampung dan menumbangkan hampir 10 batang pokok kelapa yang ditanam berhampiran rumah penduduk.

“Turut dirosakkan adalah pagar tempat menanam cili sentil serta benih semaian cili yang diusahakan penduduk sejak beberapa tahun lalu.

“Mujur gajah itu tak makan cili, kalau dia makan pasti lebih banyak kerosakan dan kerugian yang terpaksa ditanggung,” katanya ketika ditemui hari ini.

Menurut Baharudin lagi, penduduk bersyukur kerana waktu kejadian mereka tiada di rumah kerana terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) akibat banjir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI