fbpx

Limpahan minyak sawit di lebuh raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba membersihkan jalan akibat tumpahan minyak sawit Kilometer (KM) 348.2 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, Bidor, Tapah hari ini. - Foto IHSAN JBPM

TAPAH – Kemalangan melibatkan dua buah lori termasuk membawa muatan minyak sawit menyebabkan berlakunya tumpahan cecair itu di Kilometer (KM) 348.2, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di Bidor di sini tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd. Naim Asmawi berkata, dua kenderaan itu adalah lori tanpa muatan dipandu lelaki berusia 47 tahun dan lori membawa minyak sawit mentah dipandu lelaki berusia 30 tahun.

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila lori minyak sawit mentah dari arah Ipoh ke Klang, Selangor dilanggar kenderaan tanpa muatan yang bergerak dari arah sama.

“Kejadian itu menyebabkan berlakunya tumpahan minyak sawit di semua lorong lokasi kemalangan sehingg berlakunya kesesakan lalu lintas, namun kerja-kerja pembersihan selesai dan aliran trafik kembali lancar,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI