fbpx

Lawatan pertama 2025 ke UAE buahkan kejayaan- Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Foto yang dikongsi Anwar di Facebook.

PETALING JAYA – Perdana Menteri menyifatkan lawatan pertama beliau ke luar negara tahun ini membuahkan kejayaan yang sangat bermanfaat untuk rakyat dan juga negara.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dikongsi kepada pihak media semasa memberi penerangan dan penjelasan terkait kejayaan serta sinergi pelaburan yang telah dicapai pada hari terakhir di Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam.

Jelas beliau, sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia akan memainkan peranan lebih luas dan meningkatkan kerjasama strategik dalam beberapa bidang antaranya ekonomi.

Selain itu katanya, ia juga terkait dengan bidang pelaburan, pertahanan tenaga boleh baharu, pelancongan, kemampanan dan kecerdasan buatan.

“Ini termasuk meningkatkan sinergi perdagangan dengan negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (Gulf Cooperation Council – GCC) dan ASEAN, selain pelaburan dengan syarikat gergasi UAE,”katanya di laman Facebook.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, selepas lawatan ke UAE, delegasi Malaysia terus bergerak ke London, United Kingdom

“Terima kasih UAE, moga bertemu lagi dan kini misi delegasi Malaysia bergerak ke London, United Kingdom dalam usaha untuk memperkukuhkan hubungan strategik antara kedua-dua negara,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI