fbpx

Laluan ECRL Kota Bharu-Maran siap Disember 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Darwis (tengah) melihat kerja-kerja pemasangan landasan ECRL dari Maran, Pahang ke Kota Bharu di tapak stesen pertama projek mega itu di Tunjong, Kota Bharu hari ini. FOTO MUSTAQIM MOHAMED/ KOSMO!

KOTA BHARU – Kerja-kerja pemasangan landasan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sejauh 400 kilometer (km) dari Tunjong, di sini ke Maran, Pahang sudah siap.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rel Link Sdn. Bhd, Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata, kerja-kerja pemasangan landasan itu yang siap dua bulan setengah lebih awal daripada jadual asal sekali gus meletakkan projek berkenaan di landasan tepat untuk disiapkan sepenuhnya pada Disember 2026.

“Dengan ini, pencapaian kerja keseluruhan telah mencapai 77.39 peratus dan berada pada landasan tepat untuk disiapkan pada penghujung tahun depan dan mula beroperasi pada Januari 2027,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyempurnaan Kerja Pemasangan Landasan Dari Maran Ke Kota Bharu di Tunjong, di sini hari ini.

Darwis memberitahu, kerja-kerja menyiapkan landasan itu sangat signifikan kerana melibatkan laluan utama ECRL daripada Pahang ke Kelantan.

Darwis berkata, penyiapan landasan itu juga meletakkan tahap kemajuan projek ECRL di Kelantan pada tahap pencapaian 87.80 peratus dan kerja-kerja selebihnya akan tertumpu kepada penyiapan dua stesen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN