fbpx

KDN selesaikan isu tanah ICQS baharu di Hulu Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAMSUL Anuar (tiga dari kiri) melihat bot polis untuk kegunaan pondok polis Kampung Beng di Lenggong hari ini.

LENGGONG – Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menyelesaikan isu berkaitan tanah dalam hasrat membina baru Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Berapit di Pengkalan Hulu, Gerik.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, perkara itu sedang diselesaikan bersama kerajaan negeri setelah hasrat pembinaan baharu tersebut timbul sejak pertengahan 2023.

Beliau melihat kepentingan pembinaan ICQS baharu tersebut memandangkan pintu sempadan negara akan sibuk susulan lapangan terbang di Betong, Thailand dinaik taraf menjadi status antarabangsa.

“Sudah tentu ICQS ini sangat penting kerana kedudukan ICQS sedia ada sangat jauh. Ada sedikit isu tanah yang perlu kita selesaikan,” katanya semasa berucap dalam majlis penyerahan bot pondok polis Kampung Beng dan penyerahan kunci kuaters Balai Polis Lenggong di sini hari ini.

Cadangan pembinaan baharu bangunan ICQS timbul memandangkan prasarana sedia ada agak jauh lebih kurang 700 meter dari pintu sempadan antarabangsa sekali gus mendedahkan kepada masalah pencerobohan dan risiko keluar masuk negara.

Shamsul Anuar turut berkata, hasrat untuk menaiktaraf Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pengkalan Hulu juga telah dipersetujui.

“Ini kerana IPD Pengkalan Hulu adalah satu-satunya IPD di negeri Perak yang berhampiran dengan pintu sempadan negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI