fbpx

Jangan mudah terpengaruh promosi umrah guna selebriti, ‘influencer’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEPANG – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar mengingatkan umat Islam agar tidak mudah terpengaruh dengan promosi umrah menggunakan individu terkenal tanpa membuat semakan terlebih dahulu.

Pada masa sama, Mohd. Na’im berkata, umat Islam berhasrat menunaikan ibadah di Tanah Suci juga diingatkan supaya tidak terpedaya dengan pakej yang ditawarkan pada harga murah.

“Saya sekali lagi menasihatkan kepada jemaah umrah untuk membuat pemilihan syarikat pelancongan yang berwibawa dan berlesen di bawah bidang kuasa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

“Bakal jemaah umrah juga boleh membuat semakan di laman sesawang www.motac.gov.my/semakan/umrah bagi memastikan syarikat adalah berlesen dibawah MOTAC,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Mohd. Na’im berkata demikian sebagai memberi reaksi kepada insiden 314 jemaah umrah yang mengalami kerugian hampir RM2.1 juta selepas syarikat umrah gagal menunaikan janji membawa kumpulan itu ke Tanah Suci.

Katanya, jemaah umrah dinasihatkan untuk membuat semakan lanjut seperti melawat pejabat agensi yang dipilih serta semakan latar belakang serta rekod prestasi mereka.

“Insya-Allah dengan langkah-langkah yang diambil, kita akan dapat menjalani ibadah umrah dengan tenang.

“Selain itu, antara tindakan lain yang boleh diambil adalah membuat laporan polis dan aduan kepada pihak MOTAC,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI