fbpx

Ibu bapa marah cikgu, wang BAP tak cukup RM150

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang guru meluahkan rasa terkilan apabila ada ibu bapa yang sanggup memarahi mereka gara-gara wang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 tidak cukup.

Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok, seorang pengguna dikenali sebagai @mdflzh berkata, ibu bapa berkenaan tidak mengetahui bahawa anaknya sudah menggunakan wang tersebut sebelum sampai di rumah.

“Cikgu dimarahi ibu bapa sebab anak kata cikgu bagi RM100 sahaja, sepatutnya RM150. Ibu bapa kata cikgu dah potong RM50 untuk bayaran PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru).

“Tapi cikgu ada rekod serahan RM150, tanpa apa-apa potongan, Rupa-rupanya anak dah belanjakan sebelum sampai di rumah,”tulisnya pada hantaran di aplikasi itu.

Mengulas lanjut, individu itu berkata, sememangnya wang tersebut adalah milik pelajar.

“Ibu bapa cuma kecewa tak boleh guna duit topup (tambah beli) barang dapur,”ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna berkongsi pendapatan masing-masing tentang keperluan yang sepatutnya digunakan menerusi wang bantuan itu.

“Duit BAP tu duit topup bayar peralatan sekolah anak, baju, beg, segala benda berkaitan dengan sekolah. Ada ibu bapa yang tak kisah pasal duit tu sebab mampu, ada ibu bapa kisah pasal tak berkemampuan,”kata @ziqfanmika.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @AISHAH _RASHID.

“Bantuan awal persekolahan memang untuk keperluan sekolah anak, jangan sesekali bagi anak belanja duit tu. Bukan sebab keperluan sekolah tu tanggungjawab ibu bapa, tapi duit BAP tu adalah amanah untuk beli keperluan sekolah,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI