fbpx

Hasilkan perisian 3D BIM, jimat kos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad ketika mengunjungi reruai pada majlis penutup Program Jelajah 2024 JKR BIM: Trail Training Lectures Zon Tengah, hari ini. Foto oleh FAUZI BAHARUDIN/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kos perisian tiga dimensi (3D) Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) yang tinggi menjadi cabaran utama penggunaan teknologi dalam industri pembinaan di negara ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pakar tempatan perlu membangunkan perisian itu bagi mempertingkat pengunaan teknologi berkenaan.

Jelasnya, kos bagi satu perisian BIM antarabangsa ketika kini mencecah RM10,000 setahun bagi seorang pengguna dan di Sarawak harganya lebih tinggi iaitu sekitar RM18,000.

“Tujuannya (membina perisian ini) ialah supaya segala rancangan dan pelan keperluan kontrak spesifikasi teknikal, pengurusan data serta sebagainya tepat.

“Ini untuk mengelakkan peratus ataupun kesilapan dalam lakaran dalam pelan kemudian untuk mengurangkan kos,” katanya ketika berucap merasmikan majlis penutup Program Jelajah 2024 JKR BIM: Trail Training Lectures Zon Tengah hari ini.

Ahmad turut memaklumkan, Pertubuhan BIM Malaysia telah membangunkan 10 modul, namun ia masih ketinggalan berbanding 20 modul yang digunakan di peringkat antarabangsa, khususnya di Amerika Syarikat.

“Oleh itu, kita ingin lebih ramai lagi terlibat dalam pengeluaran perisian BIM agar boleh digunakan dengan baik,” ujarnya.

Beliau berkata, terdapat perisian BIM tempatan yang hanya memerlukan sekali bayar iaitu sebanyak RM10,000, berbanding perisian antarabangsa yang memerlukan bayaran tahunan sebanyak RM10,000.

Dalam pada itu, beliau berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) menetapkan sasaran 50 peratus projek bernilai RM10 juta ke atas dilaksanakan secara BIM mulai tahun 2021.

“(Ia)dengan peningkatan sebanyak 10 peratus setiap tahun sehingga tahun 2025, sepertimana yang ditetapkan dalam Pelan Strategik JKR 2021-2025.

“Sehingga kini bilangan projek BMI semakin bertambah iaitu melebihi 400 projek,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI