fbpx

F&NHB catat pendapatan RM5.25 bilion tahun 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lim Yew Hoe

PETALING JAYA – Fraser & Neave Holdings Bhd (F&NHB) mencatat pendapatan RM5.25 bilion bagi setahun penuh tahun kewangan 2024 (TK2024) naik 4.9 peratus berbanding tempoh kewangan tahun sebelumnya.

Peningkatan tersebut disumbangkan oleh peningkatan jualan domestik oleh Food & Beverages Malaysia (F&B Malaysia) dan Food & Beverages Thailand (F&B Thailand), serta eksport ke Kemboja.

Keuntungan operasi Kumpulan untuk TK2024 pula meningkat 10.4 peratus kepada RM709.5 juta berbanding tahun sebelumnya.

Selain itu, keuntungan selepas cukai Kumpulan meningkat sebanyak 0.4 peratus tahun ke tahun kepada RM544.3 juta walaupun perbelanjaan cukai lebih tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif F&NHB, Lim Yew Hoe berkata, pencapaian Kumpulan pada TK2024 membuktikan ketahanan Kumpulan dalam persekitaran yang sentiasa berubah. 

Kumpulan itu telah mencapai keuntungan yang memberangsangkan dan berjaya mengekalkan kedudukan tunai yang kukuh walaupun berdepan kos permulaan yang lebih tinggi untuk usaha niaga baharu. 

“Pelaburan strategik berterusan dan inisiatif pengoptimuman kos telah membolehkan kami mengekalkan momentum pertumbuhan yang sihat sambil mengharungi cabaran luaran dalam pasaran global,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan bersempena mesyuarat agung tahunan di sini.

Yew Hoe menerangkan, sepanjang tahun 2024, Kumpulan telah memberi fokus yang mendalam untuk mengenal pasti peluang menjana nilai daripada operasi sedia ada untuk manfaat Kumpulan dan pihak berkepentingan.

“Dengan memanfaatkan peluang secara strategik, kami telah mengukuhkan lagi hubungan dengan pemegang saham, pelanggan, rakan kongsi, pekerja dan masyarakat,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI