fbpx

Diculik along tatu naga, kontraktor dipaksa bayar ‘bunga’ RM2,800 sejam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hishamuddin (tengah) bersama Azman (kiri) dan perunding MHO, Datuk Naimshamsul (kanan) menunjukkan laporan polis dan baju yang dirobek pada sidang akhbar berhubung aduan mangsa ceti haram yang ditipu dan diperdaya sehingga hampir di culik di pejabat MHO hari ini. Foto oleh FAUZI BAHARUDIN/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Hasrat seorang kontraktor untuk mendapatkan bantuan pinjaman daripada bank menjadi igaun ngeri apabila diugut oleh satu sindiket along sehingga diculik minggu lalu.

Azman, 40, berkata, perkara tersebut berlaku apabila dia terpedaya dengan satu hantaran di media sosial yang kononnya boleh membantu untuk mendapatkan pinjaman dari bank berdaftar secara pintu belakang.

Namun jelasnya, pendahuluan yang diberikan oleh sindiket tersebut iaitu sebanyak RM50,000 kepadanya menjadi punca sehingga dia terpaksa membayar sebanyak RM450,000.

“Jumlah tersebut masih lagi tidak cukup, sindiket tersebut minta lagi dengan saya dengan jumlah RM650,000. Saya telah diculik dan nasib baik saya sempat lepaskan diri.

“Sindiket tersebut berkait dengan satu kumpulan yang sama, saya telah buat pembayaran tersebut kepada sembilan orang along selama ini,” katanya dalam sidang akhbar di pejabat Pertubuhan Kemanusian Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), di sini hari ini.

Katanya, selepas tertarik dengan iklan di media sosial tersebut, mangsa mula berurusan dengan perunding kewangan syarikat itu dan menghantar dokumen diri untuk tujuan proses pinjaman.

“Saya mula menghubungi pihak bank untuk bertanya tentang status pinjaman namun pihak bank menafikan adanya permohonan.

“Saya kemudiannya berurusan kembali dengan konsultan kewangan itu dan dia mengatakan bahawa permohonan pinjaman dengan bank ditolak.

“Bagaimanapun, perunding berkenaan mengatakan bahawa permohonan pinjaman adalah menggunakan ‘pintu belakang,” jelasnya.

Azman juga menerima satu pesanan melalui aplikasi WhatsApp yang disyaki dihantar oleh ceti haram berkenaan.

“Pesanan itu mengugut saya dengan mengancam keselamatan ahli keluarga saya. Bagaimanapun, laporan polis telah dibuat berkenaan kejadian.

“Kadar faedah yang dikenakan terhadap saya adalah RM2,800 satu jam,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI