PETALING JAYA – Selepas hampir lima tahun kehilangan suami tercinta, balu kepada pelawak Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd. Ali, mencuri perhatian apabila meraikan hari lahirnya bersama seorang jejaka istimewa, baru-baru ini.
Menerusi hantaran di TikTok, Norhidayah dilihat menikmati hidangan di sebuah restoran terkemuka sambil duduk bersebelahan dengan jejaka misteri itu sempena sambutan hari lahirnya.
Menariknya, wajah lelaki tersebut telah ‘disorokkan’ menggunakan pelekat emoji, menimbulkan tanda tanya dan spekulasi dalam kalangan pengguna media sosial.
Pada saat ke-18, Norhidayah kelihatan tersenyum lebar ke arah kamera sambil menerima sepotong kek coklat bertulis “Happy Birthday (Selamat Hari Jadi)” ketika mereka berdua berada di dalam kereta.
Hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial, yang kebanyakannya turut gembira melihat kebahagiaan dia bersama jejaka pilihan hatinya.
“Dayah layak untuk bahagia. Dia masih muda,” ujar Ekin Nerina.
“Awak layak, kak. Dah lima tahun struggle (berjuang) dalam semua hal,” tulis Rabiatul.
“Alhamdulillah. Semoga Allah temukan jodoh yang baik dan sayangkan Dayah dan Hamzah dengan penuh ikhlas,” doa Nadia Elvina. – KOSMO! ONLINE