fbpx

9 pantai ditutup gara-gara bebola misteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BOLA misteri ditemui di pantai Manly. - Foto AAP/Northern Beaches Council

SYDNEY – Sembilan buah pantai di Sydney, Australia terpaksa ditutup kepada orang ramai selepas sejumlah bebola misteri sebesar guli, malah ada yang lebih besar daripadanya ditemui di serata lokasi, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Sembilan pantai itu adalah Manly, Dee Why, Long Reef, Queenscliff, Freshwater, Curl Curl Utara dan Selatan, Steyne Utara serta Narrabeen Utara.

Pantai Manly amat terkenal dalam kalangan pelancong dan penduduk tempatan yang sering berkunjung untuk bermain ombak atau bersantai.

Setakat ini, tidak diketahui asal usul bebola tersebut.

Namun, pihak berkuasa bekerjasama rapat dengan agensi alam sekitar negeri untuk mengumpul sampel bagi melakukan ujian.

Datuk Bandar  Northern Beaches, Sue Heins mengulas: “Buat masa ini, kami tidak tahu apakah objek itu.”

Namun, seorang jurucakap Perbadanan Air Sydney berkata, ia mungkin serpihan bebola gris.

Pada November tahun lalu, beberapa objek sfera hitam misteri dan berbau busuk ditemui di beberapa pantai Sydney tetapi asal usulnya tidak didedahkan. 

Ketika itu, pakar kimia dari Universiti New South Wales, Jon Beves berkata, beliau tidak tahu sama ada ia berpunca daripada sistem pembetung tempatan, dilepaskan dari bot atau beberapa asal usul lain yang tidak diketahui. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI