fbpx

850,000 warga emas Singapura terima bantuan hingga RM1,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail orang ramai berjalan di Singapura. - Foto AFP

SINGAPURA – Kira-kira 850,000 warga emas di Singapura akan menerima bayaran bonus antara SG$200 (RM700) hingga SG$300 (RM1,000) daripada skim Assurance Package (AP) pada bulan depan, lapor laman berita AsiaOne hari ini.

Pembayaran itu adalah untuk membantu rakyat Singapura mengurangkan bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Pembayaran tunai akan diberikan kepada mereka yang berumur 55 tahun ke atas dan tidak memiliki lebih daripada satu hartanah, demikian menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Mereka juga mesti tinggal di hartanah dengan nilai tahunan sehingga SG$31,000 (RM102,000) serta pendapatan boleh diakses tahunan tidak melebihi SG$34,000 (RM112,000). 

Pembayaran itu adalah sebahagian daripada skim AP yang diumumkan pada Bajet 2024 untuk mengimbangi kenaikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kata MOF. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI