fbpx

38 GRO, enam tukang cuci warga asing dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN wanita warga asing yang ditahan dalam Ops Gegar yang dilakukan di Kluang, Jumaat lalu.

KLUANG – Seramai 38 wanita warga asing diberkas selepas disyaki bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) dalam serbuan Ops Gegar di empat buah pusat hiburan di daerah ini, Jumaat lalu.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, kesemua mereka diberkas berusia 21 hingga 48 tahun.

Menurutnya, mereka terdiri daripada 27 wanita Vietnam, sembilan gadis Indonesia dan dua wanita Thailand.

“Dalam Ops Gegar itu, seramai 90 individu diperiksa. 38 gadis GRO ditahan dan enam lelaki warga asing yang bekerja sebagai tukang cuci di premis berkenaan turut ditahan.

“Selain itu, lima lelaki tempatan berusia 25 hingga 41 tahun turut ditahan dipercayai penjaga premis pusat hiburan yang diserbu,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd Rusdi, semua tahanan warga asing disyaki telah melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Ujarnya, lima warga tempatan yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 56(1) (d) kerana melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI).

“Dalam pada itu, enam notis untuk hadir ke Pejabat Imigresen kepada individu sepanjang operasi bagi membantu siasatan.

“Manakala warga asing yang ditahan ditempatkan di Depo Imigresen Setia Tropika untuk siasatan dan tindakan selanjutnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI