fbpx

Viu Malaysia perkenal solusi kandungan jenama berkesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Viu Malaysia memperkenalkan pendekatan baharu dalam kandungan berjenama melalui populariti drama pendek.

PETALING JAYA – Platform penstriman video OTT, Viu Malaysia memperkenalkan pendekatan baharu dalam kandungan berjenama melalui populariti drama pendek.

Menyedari permintaan yang semakin meningkat terhadap hiburan ringkas dan menarik di kalangan penonton digital, jenama OTT tersebut memanfaatkan kepakaran tempatan dan pendekatan inovatif untuk menghasilkan penceritaan yang menarik serta mengintegrasikan mesej jenama secara bersama.

Drama pendek kini menjadi fenomena global, terutamanya dengan kejayaan format dari China yang terdiri daripada ratusan episod. Trend ini dengan pantas mendapat populariti di Malaysia, terutamanya di kalangan penonton digital yang gemarkan kandungan ringkas dan mesra peranti mudah alih. 

Dengan produksi drama pendek tempatan kian berkembang, Viu Malaysia tampil berbeza dengan pendekatannya yang unik. Siri drama pendek dihasilkan dengan kerjasama produksi yang berpengalaman di sebalik Viu Original, menampilkan penceritaan berkualiti bersama barisan pelakon terkenal seperti Nur Fazura dan Aqasha, serta bakat baharu yang semakin meningkat naik seperti Qasrina Karim dan Fazziq Muqris.

Syarikat berkenaan turut menampilkan perbezaan dengan menawarkan pengalaman tontonan di pelbagai platform. Setiap drama pendek dioptimumkan untuk format menegak dan mendatar, membolehkan penonton menonton dengan mudah di TikTok dan aplikasi Viu. 

Strategi gabungan dua platform ini akan memperluaskan jangkauan, menjadikannya penyelesaian ideal untuk jenama yang ingin berhubung dengan penonton di platform kegemaran mereka.

14.3 juta di TikTok

Kejayaan drama Andartu Kosmopolitan menjadi contoh model inovatif ini. Drama romantik komedi itu menyampaikan penceritaan yang menarik dalam episod berdurasi 3 minit. 

Andartu Kosmopolitan mencapai kejayaan luar biasa melalui kempen TikTok yang mencatatkan 14.3 juta tontonan video keseluruhan, membuktikan bagaimana jenama dapat memperluaskan jenama mereka melalui penceritaan yang kreatif.

Susulan kejayaan ini, Viu Malaysia memperkenalkan drama pendek terbaharu yang dinanti-nantikan, Persis Boneka. 

Menampilkan Qasrina Karim dan Fazziq Muqris, Persis Boneka menceritakan kisah magis Ana, seorang pelajar fesyen yang kehidupannya berubah apabila sebuah patung, Adam, hidup selama tujuh hari.

Persis Boneka

Persis Boneka telah disiarkan secara eksklusif di aplikasi Viu bermula 19 Disember lalu, dengan episod turut tersedia di TikTok Malaysia sehari selepas itu, memperluaskan lagi jangkauan dan impak drama tersebut.

Ketika Viu Malaysia bersiap sedia untuk barisan kandungan menarik pada tahun 2025, format drama pendeknya dijangka menjadi medium untuk kandungan berjenama yang mengubah cara pemasarannya. 

Drama pendek Persis Boneka kini boleh ditonton bermula 19 Disember lalu menerusi Viu, dengan setiap episod disiarkan di TikTok @viumalaysia sehari selepas itu.

Dengan menggabungkan produksi premium, bakat ternama dan tersedia di pelbagai platform, Viu menawarkan peluang berharga untuk jenama berhubung dengan penonton secara inovatif.

Pemilik perniagaan dan jenama yang ingin memanfaatkan kuasa drama pendek untuk melibatkan penonton digital dialu-alukan menghubungi Sukhbir Sidhu, Pengarah Jualan Pengiklanan Viu Malaysia, di [email protected] untuk mengetahui bagaimana kandungan berjenama Viu Malaysia dapat memperkuat kehadiran jenama anda dan mendorong hasil yang nyata melalui penceritaan yang inovatif dan kerjasama strategik. – KOSMO! ONLINE



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI